• Hari Bicara Akademik 2022/2023

          • TARIKH:

            29 SEPTEMBER 2022

             

            ANJURAN:

            UNIT KURIKULUM

            SMK SUNGAI KERTAS

             

            Program Hari Bicara Akademik SMK Sungai Kertas merupakan program tahunan yang dirancang bagi menjalinkan kerjasama antara ibu bapa/ penjaga dengan pihak sekolah dalam menjayakan program kecemerlangan akademik anak-anak yang terlibat.

            Ibu bapa/penjaga akan diberikan Slip Laporan Prestasi bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022. Para ibubapa / penjaga murid-murid berpeluang bertemu bual dengan semua guru yang mengajar anak-anak untuk berbincang tentang permasalahan anak-anak mereka di sekolah. 

          • Karnival Pendidikan Kerjaya dan Keusahawanan Kolej Vokasional Sungai Buloh 2022

          • ​​​​​​​Tarikh : 28/9/2022

            ​​​​​​​​​​​​​​Tempat : KV Sungai Buloh

            Anjuran : Unit UBK SUTAS

            Seramai 40 orang murid tingkatan 3 diiringi dengan 5 orang guru dan guru kaunselor sekolah telah menghadiri Karnival Pendidikan Kerjaya dan Keusahawanan Kolej Vokasional. 

            Semoga ilmu yang diperoleh bermanfaat buat semua peserta. 

          • Amalan Penyayang SUTAS

          • đź“ŚNama Program: Sambutan Hari Lahir Sesi Pagi
            đź“ŚTarikh: 26/09/2022
            đź“ŚMasa: 07:30 pagi - 8.15 Pagi
            đź“ŚTempat: Dataran Citra Buana

            Happy Birthday to all SUTAS's Students and Teachers!

            Hope this is the beginning of your greatest, most wonderful year ever!

          • KELAS TAMBAHAN SPR FASA II

          • Tarikh : 24 September 2022

            Hari : Sabtu

            Sasaran : Semua Murid Tingkatan 5

            Aktiviti :

            8:00 - 10:00 pagi : BENGKEL BAHASA MELAYU

            10:30 - 12:30 tgh : BENGKEL SEJARAH

            Tahniah kepada anak-anak SUTAS! Terima kasih kepada penceramah-penceramah Bengkel yang berdedikasi.

          • Kursus Ketua Platun KRS Daerah Gombak Tahun 2022

          • Tarikh: 13 September 2022

            Hari: Selasa

            Tempat: Sekolah Agama Menengah Rawang

            Anjuran: Sekretariat KRS Daerah Gombak & PPD Gombak

            Dua orang Kadet KRS iaitu Staf Sarjan KRS Muhammad Adib Aiman Bin Zuraini (4 Delta) & Lans Koperal KRS Nur Nabilah Binti Zulkifli (4 Alfa) telah mewakili sekolah untuk menghadiri Kursus Ketua Platun KRS Daerah Gombak Tahun 2022. Pengisian program ini adalah untuk menyebarkan maklumat bagi persediaan Pertandingan Kawad Kaki peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Semoga ilmu yang diperolehi yang disebarluaskan kepada kadet-kadet yang lain di sekolah.

            #sutashebat

          • Ujian Kenaikan Pangkat Staf Sarjan KRS & Sarjan KRS Daerah Gombak Tahun 2022

          • Tahniah diucapkan kepada 5 orang kadet KRS yang telah lulus Ujian Kenaikan Pangkat Staf Sarjan KRS & Sarjan KRS Daerah Gombak Tahun 2022:

            1. Staf Sarjan KRS Muhammad Adib Aiman Bin Zuraini (4 Delta)

            2. Staf Sarjan KRS Dani Hakim Bin Mohd Maizul Sham (5 Alfa)

            3. Staf Sarjan KRS Danial Zain Dzulqarnain Bin Zain Azrul (4 Alfa)

            4. Staf Sarjan KRS Noor Syazwana Akmar Binti Mohd Shahrel Akmar (4 Alfa)

            5. Sarjan KRS Nur Aqilla Danisya Binti Mohd Haidie (5 Delta)

            Semoga dengan pentauliahan ini akan membuatkan kadet lebih bersemangat untuk membantu meningkatkan prestasi pasukan KRS SMK Sungai Kertas.

            #sutashebat

          • Majlis Pentauliahan Pangkat Pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Daerah Gombak Tahun 2022

          • Tarikh: 21 September 2022

            Hari: Rabu

            Tempat: Dewan Besar Umar Abdul Aziz, SAM Rawang

            Anjuran: Sekretariat KRS Daerah Gombak & PPD Gombak

            Tahniah diucapkan kepada 7 orang guru SMK Sungai Kertas yang telah berjaya menamatkan Kursus Guru-Guru Pemimpin KRS Siri 1 dan Siri 2 serta ditauliahkan pangkat Leftenan Muda KRS.

            Lt. Muda KRS Azmi Al'alwi Bin Mohamad @ Satar

            Lt. Muda KRS Mohamad Izzat Bin Abd Razak

            Lt. Muda KRS Nor Sahzwanis Binti Ibrahim

            Lt. Muda KRS Noramirah Fatin Binti Abdullah Rosli

            Lt. Muda KRS Nur Aiman Fatini Binti Mohd Rozali

            Lt. Muda KRS Nur Izzati Aqilah Binti Che Mat

            Lt. Muda KRS Ummu Syahidah Binti Jasmi

            Tahniah diucapkan kepada semua pegawai atas pelantikan.

            #sutashebat

          • HARI KOPERASI SEKOLAH 2022

          • Tarikh : 21 September 2022 (Rabu)

            Masa : 10.00 pagi - 2 petang

            Aktiviti :

            • Usahawan Kecil
            • Kuiz
            • Meneka duit dalam balang

            "Melahirkan generasi kepimpinan dan keusahawanan koperasi sekolah"

             

            #sutashebat

          • PERHIMPUNAN SESI PETANG

          • Penyampaian Hadiah Minggu Sains dan Matematik dan Bulan Kemerdekaan Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Anda hebat!

             

            #sutashebat

          • PERHIMPUNAN BADAN BERUNIFORM

          • Pengendali: Silat

            Tarikh: 19/09/2022 (Isnin)

            Aktiviti : -

            • Penyampaian Hadiah Bulan Sains & Matematik
            • Penyampaian Hadiah Bulan Kebangsaan

             

            Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Anda hebat!

             

            #sutashebat

          • JADUAL UJIAN ONLINE TAHUN  2021

          • Arahan :

            1. Pelajar dikehendaki bersedia 10 minit sebelum ujian bermula. Guru matapelajaran akan memberikan link soalan dalam google classroom atau dalam grup what’ap / Telegram.

            2. Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Setelah selesai menjawab soalan murid dikehendaki menghantar jawapan melalui Google Classroom atau what’ap/Telegram kepada guru matapelajaran.

            3. Pelajar yang tidak mengambil ujian dikira Tidak Hadir (TH) .Tiada ujian ulangan bagi pelajar yang tidak hadir kecuali mempunyai bukti surat menerima rawatan atau sijil cuti sakit

            🌻SU Peperiksaan Dalaman sesi pagi  SMK Sungai Kertas